Wednesday 26 November 2008

Library of UTP


This is the library of UTP.At the left handside is the entrance of this Harry Potter world.

A trip to UTP

Here is the trip when i was visited UTP (University Teknologi Petronas) during lsat few weeks weekend.We are sitting inside the counter which is in the middle of the hall.At my left handside is the library.Their library for me just like the scene of Harry Potter lib.Because there are very big,new and awesome.They are using OPAC system in the library.Using matrix card to borrow or return books.All are DIY (Do it yourself).No librian at all.I just can say " OMG".That's amazing compare to others library i saw before.

A memoriable holidays


Is it beautiful? For me,it is.
This is a sun rise scene i caught when we (my friends and I) going Melawi Beach for holidays.
I like beach and sea.Because the sound of sea make me feel relax and peaceful.Sometime i would like to go beach and shout to the sea.Some people say when you shout to the sea,your problem can be "shout out" also.Do you understand what i mean?
Erm..this is a wonderful trip for me.I was enjoy this 2 days with them.But there are some problem really make me headache during this trip.Anywhere,it was a "past tense" already,i wont mind anymore.
Finally,just want to say thanks to those got helping me and others make this trip successful.Hope next time we still got chance to out holidays together.

Monday 20 October 2008


alif nampak gembira..
bersenam..

ooh,yang ni ialah kawe dan loon..tapi kenapa muka kawe nampak masam aje..? lapar ke? atau nak pergi tandas? atau rasa bosan semasa dengar ceramah?? saya pun tak tau...@,@
tengok! tu ialah hafifi..dia nampak apa ni?
classmates..ada yg nampak menganduk..ada yg nampak gembira..ada yg nampak bosan..


depan tu ialah nurul,hayati,farah dll..

farah nampak bosan..
yg ni pasti ialah bob dan hafiz...
tengok tu,hafiz pandai nak bagi pose kan?..semua org pun tak nampak kamera,cuma dia nampak kamera..bijaknya..^-^




Minggu suai kenal telah diadakan pada 06 hingga 12 Julai 2008 bertempat di Dataran Gemilang. Pada hari pertama, proses pendaftaran pelajar bersama Unit Hal-Hal Pelajar telah diadakan bersama pelajar baru. Pada hari yang berikut nya, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya adalah bersama masyarakat setempat, taklimat peperiksaan, taklimat HHP, pendaftaran modul dan juga aktiviti senamrobik. Pelajar menampakkan keceriaan setelah menjalani minggu suai kenal. Di atasnya ialah gambar2 yg ditangkap semasa MSK...

Saturday 18 October 2008

Sejarah UMNO












UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia

Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka. Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara. Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju. Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat. Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan. Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum

Logo dan Lagu UMNO


Bentuk logo UMNO adalah dari ringkasan perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam huruf jawi yang disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan di rekabentuk secara simitrikal.

Lirik Lagu " Barisan National " :

Wawasan 2020
Bendera berkibar di angkasaLambang negara gagahRakyat sepakat sehati sejiwaTekad berbakti dgn megah
Hadapi cabaran masa mukaPenuh tenaga murniBakti dicurah searah sehalaDengan wawasan yg suci
Wawasan meningkat kemajuanTiada lagi kepincanganKemewahan rata dirasaiBersama kita nikmati
Wawasan dua puluh dua puluhSatu pandangan jauhBukan impian malah kenyataanBersama kita jayakan